LAMAN PERJUANGAN

 

 

KAMI TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI ?

Ternyata terdapat beberapa pihak yang tidak memahami kenapa kami menolak tuntutan suqiu dalam membicarakan hak-hak keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kami ulangi iaitu:- HANYA DALAM MEMBICARAKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN MELAYU(BUMIPUTERA) sahaja yang kami tolak! Kenapa kami tolak? Kerana terdapat beberapa tuntutan suqiu yang JELAS bercanggah dengan prinsip-prinsip perlembagaan.

Kami memahami bahawa sebahagian besar daripada tuntutan-tuntutan Su Qiu tidak kena mengena langsung dengan kedudukan Bumiputera atau sistem kuota Bumiputera. Tumpuan memorandum Su Qiu yang diumumkan sebelum pilihanraya umum 1999 adalah tentang keadilan sosial, pembahagian kekayaan negara, pembenterasan rasuah, sistem kehakiman yang bebas, media yang tidak dikawal oleh Eksekutif, dan pilihanraya yang adil, antara perkara-perkara yang lain.

Itulah sebabnya, keempat-empat parti gabungan Barisan Alternatif dalam kenyataan rasminya bertarikh 19 Oktober 1999 menerima sebahagian besar daripada tuntutan Su Qiu. Tetapi, pada masa yang sama, BA dengan jelas dan jitu, menolak tuntutan-tuntutan Su Qiu yang bertentangan dengan asas-asas Perlembagaan Malaysia. Antaranya, BA menolak tuntutan Su Qiu tentang pemansuhan perbezaan Bumiputera bukan-Bumiputera dan sistem kuota etnik.

Lalu kami ULANGI SEKALI LAGI bahawa kami menolak tuntutan suqiu dalam membicarakan hak-hak keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Baca kembali petikan kenyataan kami di bawah:

Dan mari kita baca dan renung-renungkan pula kenyataan beberapa pemimpin yang JELAS SELARI dengan kenyataan kami.

Malah kenyataan dari media rakyat firaun 2020 yang telah membuang links kami dari laman mereka turut selari yakni tidak akan melanggar Perlembagaan Negara. Baca dan teliti kenyataan mereka di bawah ini:

Justeru kami menuntut jawapan dari aktivis reformasi yang mengistiharkan bahawa kenyataan kami TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI. Kami rakamkan kembali kenyataan mereka di bawah ini:

 

 

KENYATAAN KHAS

| LAMAN REFORMASI | PEMANTAU | KOMENTAR | JIWA MERDEKA |
| GERAKAN REFORMASI RAKYAT | REFORM-BLACK14 | MAHAKEJAM | ANTI-ZALIM |

Kami, pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi dengan ini sebulat suara MENOLAK TUNTUTAN/RAYUAN SUQIU dalam membicarakan hak-hak keistimewaan Melayu dalam resolusi/rayuan yang mereka kemukakan. Suqiu gagal melihat/menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dalam mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kegagalan mereka ini menjadi asas penolakan kami.

Sungguh pun banyak pihak telah melabelkan rayuan/tuntutan ini sebagai satu sandiwara pemerintahan kerajaan BN tetapi kami pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi percaya biar apa pun sebabnya :-

    Seandainya mereka memainkan sandiwara BN atau memang membuat rayuan/tuntutan tanpa campur tangan kerajaan BN, SUQIU HARUS DI TOLAK DAN SEHARUSNYA MENARIK BALIK TUNTUTAN YANG MELIBATKAN HAK BUMIPUTERA (MELAYU).

Pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi tidak melihat isu ini dari sudut politik kepartian (non-partisan), tetapi melihat isu ini sebagai satu isu Melayu yang kolektif demi menghormati hak kaum Melayu.

Pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi yang di senaraikan di atas menolak rayuan/tuntuan Suqiu dan sekaligus mendesak agar rayuan/tuntutan ini ditarik balik demi perpaduan kaum di negara ini.

 

Dimaklumkan,
PENGURUS-PENGURUS LAMAN PRO-REFORMASI

Make your own free website on Tripod.com