Kenyataan pertama Laman Perjuangan.
     

    Kenyataan pertama Laman Perjuangan.

    Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

    Para webmaster serta para pembaca yang di hormati,

    Melihat kepada senario kezaliman yang berterusan dari kerajaan pimpinan UMNO hari ini membuatkan kami membulatkan tekad untuk kembali meneruskan perjuangan kami yang pernah terhenti suatu ketika dahulu. Beberapa orang ahli profesional kali ini turut menyertai kami dalam perjuangan merobah sistem politik negara agar kembali berpaksikan kebenaran dan keadilan.

    Laman Perjuangan ini di kendalikan oleh seorang webmaster dan beliau boleh di hubungi di alamat emel mahakejam@monas.net . Beliau adalah merupakan seorang webmaster yang pernah mengendalikan sebuah laman pro-reformasi yang bertempat di server xoom.com . Oleh kerana server xoom.com merupakan server yang agak lembab maka beliau berhenti mengendalikan laman tersebut.

    Para webmaster serta para pembaca yang di hormati,

    Jatuh bangun beberapa laman pro-reformasi adalah merupakan perkara biasa di dalam perjuangan menegakkan keadilan. Dari berpuluh-puluh laman yang tumbuh bagai cendawan kini hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang sanggup meneruskan perjuangan menerusi internet. Sepanjang ingatan kami laman-laman yang beberapa kerat ini juga pernah berhenti mengemaskini laman-laman mereka seketika tetapi kembali meneruskan perjuangan setelah kesulitan mereka selesai barangkali?. Namun sekalung tahniah ingin kami tuliskan di sini untuk webmaster laman-laman pro-reformasi yang masih sanggup bersengkang mata memperjuangkan keadilan.

    Kehadiran kami kali ini menerusi Laman Perjuangan ini adalah dengan nawaitu untuk membenteras segala kezaliman kerajaan pimpinan UMNO. Justeru berilah sokongan kepada kami sekadar termampu agar kita dapat mewariskan satu suasana kehidupan yang sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah kepada generasi akan datang.

    Laman Perjuangan boleh di capai menerusi alamat url http://mahakejam.tripod.com

    sekian, salam perjuangan dari kami.

       

       

    ~ Maha Kejam
    ~ mahakejam@monas.net
    ~ http://mahakejam.tripod.com

    *** Sila sebarkan kenyataan pertama ini di dalam mana-mana mailing-list yang berkaitan. Terima Kasih.

    Kembali ke Laman Perjuangan
Make your own free website on Tripod.com