Sauk- Political Advantage ?
     

    A'kum...

    Sauk lagi...

    Pihak mana sebenarnya beroleh polical advantage dari `tragedi' Sauk yang digembar-gemburkan itu?

    Dalam apa jua isu selama ini, PAS seringkali ditohmah berkepentingan politik. PAS ditohmah memanipulasi isu hingga menjadikannya memberikan impaks positif kepada tujuan kepartian PAS. PAS dikaitkan dengan segenap aspek negatif isu berkenaan hinggakan begitu azab dan teruk sekalilah imej PAS disemai di setiap kepala dan benak penatap media.

    Tetapi ulasan PM semalam jelas menunjukkan siapakah yang sebenarnya memperoleh political advantage dari `tragedi' Sauk ini. Al-Ma'unah, pertubuhan yang didakwa menjadi dalang tragedi ini, ditonjolkan sebagai bermotifkan politik. Mereka dikata berhasrat menubuhkan negara Islam, sama seperti objektif penubuhan PAS, walaupun pernah dinafi begitu hasrat mereka di awal kronologi tragedi ini. Malah, mereka juga turut didakwa ingin menggulingkan kerajaan `pilihan rakyat' demi merealisasikan `hasrat' mereka itu.

    Jelas sudah, pihak mana sebenarnya yang memanipulasi tragedi ini untuk kepentingan pihak mana...

    Tindakan pihak tentera dan polis menyelesaikan isu ini dengan baik, harus dipuji. PAS, dengan kondisinya sebagai sebuah gerakan politik yang tidak selari dengan kerajaan memerintah, sering digambarkan sebagai tidak `favourable' dengan anggota keselamatan tanpa mengambilkira adanya anggota keselamatan yang mengundi PAS dalam setiap pilihanraya. PAS dianggap tidak layak untuk berbangga dengan tindakan keselamatan. PAS digambarkan seolah bukan sahaja menentang ideologi UMNO tetapi juga menentang keselamatan.

    Apakah gejala tohmahan Islam itu extremist peloporan orientalis Barat sudah menjadi wabak di negara Msia tercinta ini?

    Golongan berserban, golongan tarekat dan pak lebai, pak imam, tok guru dan sebagainya digambarkan sebagai pengganas. Pembunuh yang bukan sahaja zalim, kejam tetapi tidak berperikemanusiaan. Golongan yang perlu dijauhi... Malang sungguh....

    Terlalu banyak impaks Sauk ini ke atas persekitaran politik negara ini. Namun, bukan semua kan tersauk walaupun ada yang berhasrat menyauk semuanya.

    Wassalam.

       

       

    Tukang Fwd

    Kembali ke Laman Perjuangan