Senario di sauk yang menggelikan hati
     

    A'kum...

    Pakabar semua... lama tak jengah sini...

    Kekalutan `tragedi' rampas rompak senjata di Gerik menarik perhatian saya untuk bersama kongsi pendapat dengan netters semua. Pendapat peribadi saya, banyak keraguan yang menyelelubungi benak saya.

    Ada satu fakta kes yang terlalu menggelikan bagi saya:

    Paper lapor 3 mati. 1 polis. 1 askar. 1 `pengganas'. Pengganas mati hari Khamis, hari serah diri. Paper semalam lak, kata `penjenayah' zalim bukan saja pada askar, pada polis, tapi pada ahli mereka sendiri. Ahli mereka dibiar berulat. Aik.. sekali kata mati kena tembak komando penembak tepat hari Selasa. Sekali lak kata mati masa pergelutan ketua depa dengan Dato' Zaini. Ni kes mati hidup balik ker ni? Errr... dua hari mati berulat ker? Saper punya skrip ni??

    Apa pun, saya mengutuk keras tindakan brutal itu. Sebagaimana yang telah banyak kali saya tulis sepanjang penglibatan di internet, cara terbaik, cara teraman dalam konteks negara Msia ini adalah melalui pilihanraya. Tak payah nak ribut2 angkat senjata.. cukup dengan angkat kalam pangkah bulan...

     

     

    Tukang fwd

    Kembali ke Laman Perjuangan