Ucapan penangguhan ahli parlimen kemaman |
Ucapan Penangguhan YB Abd Rahman b Yusof Penguatkuasaan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" Satu kod etika bernama "Kod Etika Hakim-Hakim
1994" atau dalam bahasa Inggerisnya dengan izin "Judges' Code of Ethics
1994" telah digariskan oleh Ketua Hakim Negara untuk digunapakai oleh hakim-hakim.
Tujuannya ialah untuk mengawal perlakuan hakim-hakim supaya kewibawaan sistem kehakiman
negara terjamin. Perlaksanaan kod etika ini patut diberi sokongan dan pujian. Di antara kandungan kod etika ini adalah seperti berikut
dengan izin:- 1. This code of
ethics may be cited as the Judges' Code Of Ethics 1994 2.
(1) This Code of Ethics shall apply to a judge throughout the
period of his service.
(2) The breach of any provision of this Code of Ethics may
constitute a ground for the removal of a
judge from office. 3.
(1) A judge shall not -
(a) Subordinate his judicial duties to his private interests'
(b) Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests
into conflict with his
judicial duties
(c) Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion
that -
- He has allowed his
private interest to come into conflict with his judicial duties so as to
impair his usefulness as a judge; or
- He has used his judicial position for his personal advantage;
(d) Conduct
himself dishonestly or in such manner as to bring the Judiciary into disrepute or to
bring discredit thereto; (e) lack efficiency or industry; (f) inordinately and without
reasonable explanation delay in the disposal of cases, the
delivery of decisions
and the writing of grounds of judgment; (g) refuse to obey a proper
administrative order or refuse to comply with any statutory
direction; (h) absent himself from his court during
office hours without reasonable excuse or
without prior permission of
the Chief Justice, the President of the Court Appeal of
the Chief Judge, as the case
may be; and (i) be a member of any political
party or participate in any political activity. (2) A judge shall, on
his appointment or at any time thereafter as may be required by the Chief
Justice,
declare in writing all his assets to the Chief
Justice. Penggarisan kod etika ini cukup baik sekiranya ia
benar-benar digunapakai oleh semua hakim-hakim. Tindakan tegas tanpa mengira
kedudukan dan pangkat patut diambil terhadap mana-mana hakim yang melanggar kod etika ini.
Sekiranya ia dikuatkuasakan maka ia sedikit sebanyak dapat
memulihkan imej sistem kehakiman negara yang sudah tercemar akibat daripada tindakan tidak
bertanggongjawab beberapa orang hakim. Ia akan memberi kewibawaan kepada hakim-hakim yang
menjalankan tanggongjawab mereka dengan jujur dan amanah. Tetapi sekiranya tindakan
tegas tidak diambil terhadap mana-mana hakim termasok Ketua Hakim Negara yang melanggar
kod etika ini maka imej sistem kehakiman negara akan terus tercemar. Keyakinan
rakyat dan masyarakat setempat dan antarabangsa terhadap keadilan dan ketelusan sistem
kehakiman negara terus menjadi tanda-tanya. Saya ingin penjelasan siapakah yang bertanggungjawab
menguatkuasakan "Kod Etika Hakim-Hakim 1994" ini. Sekiranya kod etika ini
dilanggar oleh Ketua Hakim Negara sendiri siapakah yang bertanggungjawab mengambil
tindakan terhadap beliau? Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab apakah
tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana hakim termasuk Ketua Hakim Negara sendiri
sekiranya mereka mendapati hakim-hakim ini melanggar kod etika hakim-hakim 1994 ini. Sekiranya hakim-hakim ini bebas melakukan apa mereka suka,
saya takut masyarakat tidak lagi menghormati hakim-hakim dan sistem kehakiman
negara. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pertelingkahan
diantara seorang Menteri Kanan dan Ketua Hakim Negara yang menegur tingkah laku yang tidak
sopan Ketua Hakim Negara sekeluarga bercuti dengan seorang peguam V.K. Lingam sekeluarga
di New Zealand. Satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Ketua Hakim Negara mendakwa
kononnya perjumpaan beliau dengan peguam V.K. Lingam di New Zealand adalah secara
kebetulan sahaja. Walaubagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh akhbar Asian Wall Street
Journal, internet dan Laporan Penyiasat Bowman membuktikan bahawa perjumpaan tersebut
bukannya secara kebetulan tetapi hasil daripada percutian yang terancang dan berjadual
siap dengan gambar dan semua butir-butir perjalanan dan tempat percutian mereka sekeluarga
didedahkan. Ini membuktikan bahawa Ketua Hakim Negara telah berbohong
kepada negara dengan mengeluarkan kenyataan palsu dan ini melanggar Kod Etika Hakim-Hakim
1994 seksyen 3 (1)(d) iaitu dengan izin " Conduct himself dishonestly or in such a
manner as to bring the Judiciary into disrepute or to bring discredit thereto"
untuk melindungi salahlaku beliau bercuti dengan seorang peguam yang mewakili
pelanggan-pelanggan dimana Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam perbicaraan kes-kes mereka. Ini jelas dan terang melanggar Kod Etika Hakim-Hakim
1994 Seksyen 3(1)(a)(b) dan (c) iaitu dengan izin, "3
(1) A judge shall not-
(a) Subordinate his judicial duties to his private interests;
(b) Conduct himself in such manner as is likely to bring his private interests into
conflict with his
judicial duties;
(c) Conduct himself in any manner likely to cause a reasonable suspicion that-
- he has allowed his private interests to come into conflict with his judicial duties so
as to
impair his usefulness as a judge;
- he has used his judicial position for his personal advantage; " Siapakah yang bertanggongjawab menguatkuasakan Seksyen 2
(2) Kod Etika ini iaitu dengan izin " The breach of any provision of this Code
of Ethics may constitute a ground for the removal of a judge from office" terhadap
Ketua Hakim Negara yang megeluarkan kenyataan palsu dan berlaku sumbang ini? Selain Ketua Hakim Negara peguam V.K. Lingam ini juga
didapati bercuti bersama dengan Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah di Itali pada
tahun 1994. Gambar-gambar percutian mereka bersama juga tersiar didalam internet. Siapa
lagi yang dibawa oleh peguam ini bercuti Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi memang
diketahui umum peguam ini mewakili pelanggan-pelanggan terkenal yang menyaman
pihak-pihak tertentu yang melibatkan saman bernilai berjuta-juta ringgit yang mana
Ketua Hakim Negara terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perbicaraan kes-kes
mereka ini. Penyelewengan dan salahlaku hakim-hakim mula terdedah
apabila tersebarnya surat layang mengenai amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penetapan perjalanan kes-kes tertentu yang didakwa ditulis oleh bekas seorang hakim
mahkamah tinggi yang sudah jijik dan jelik dengan penyelewengan yang berlaku didalam
perbicaraan beberapa kes seperti Air Molek, MBF Holdings', V.K. Linggam lawan Skrine &
Co dan Param Cumaramsamy dan lain-lain lagi. Surat tersebut walaupun merupakan surat
layang tetapi ternyata apa yang diperkatakan dalam surat tersebut benar-benar berlaku
didalam sistem kehakiman negara sekarang ini. Kelakuan pincang dan sumbang beberapa orang hakim telah
lama diketahui umum. Masyarakat pada umumnya tidak jelas apa tindakan yang boleh diambil
terhadap hakim-hakim yang berlaku sumbang dan pincang ini seperti: - memberi pampasan yang begitu tinggi
didalam beberapa kes yang melibatkan orang-orang tertentu yang
menggunakan peguam-peguam tertentu, - menerima arahan memberatkan atau
meringankan hukuman terhadap orang-orang tertentu, Akibat daripada kepincangan dan salahlaku hakim-hakim
sistem perundangan dan kehakiman negara tidak lagi dihormati. Peniaga-peniaga tidak lagi
mahu undang-undang Malaysia dijadikan sebagai tempat rujukan "arbitration"
dengan izin dalam perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa. Inilah padahnya akibat
daripada sikap tidak bertanggongjawab segelintir hakim-hakim tetapi mereka terus
dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Sudah sampai masanya tindakan tegas diambil terhadap
mana-mana hakim yang menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan
mereka atau untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu. Dengan ini saya mohon supaya Kod Etika Hakim-Hakim 1994
dikuatkuasakan dengan serta-merta dan mendakwa mana-mana hakim termasok Ketua Hakim Negara
yang didapati melanggar 'kod etika hakim-hakim 1994' ini. Terima kasih. Abd Rahman b Yusof |