Curi senjata....ISLAM kena lagi?
     

    Assalamualaikum Warahmatullah,

    Saya hendak menyorot peristiwa curi senjata yang melibatkan 'kononnya' mereka dari Ilmu Persaudaraan Dalam Islam Al-Maunah, saya melihat perkara ini sudah melampau dan tidak boleh dibiarkan kerana jika ada berkaitan dengan beberapa perkara keselamatan negara mudah sahaja mereka menuding jari kepada gerakan Islam.

    Kalau dikirakan bab persilatan, semua ada ahli-ahlinya dan sudah tentu tidak semua yang sudah ada keilmuannya boleh membawa kepada kebaikan. Kerana terdapat juga di kalangan parti pemerintah menggunakan persatuan silat tertentu untuk mengembeling tenaga melakukan keganasan kepada parti-parti lawannya yang kebanyakannya jujur dalam perjuangannya.

    Inilah sikap orang munafik dan perlu dihapuskan dari muka bumi ni, siapakah pengkhianat agama dan bangsa? Dahulu kononnya PAS sesat, ABIM sesat, JIM sesat, cakap ikut selera sahaja menyatakan pendapatnya melalui media massa yang memang dikuasainya sampai kiamat kalau boleh.

    Sekarang Al-Maunah pula sesat, tidak lama lagi mulalah gerakan 'cincang' habis-habisan gerakan Islam yang mempunyai dasar Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita perlu waspada perancangan-perancangan jahat sebegini kerana musuh-musuh Islam yang tidak berhati perut dan peri kemanusiaan ini akan mengerakkan apa jua perancangan yang melibatkan beberapa 'kaki dan tangan ghaib' mereka.

    Gerakkan Islah, Hapuskan Kezaliman....................

    Lawan Tetap Lawan.

    Kembali ke Laman Perjuangan