LAMAN PERJUANGAN
KAMI TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI ?
Ternyata terdapat beberapa pihak yang tidak memahami kenapa kami menolak tuntutan suqiu dalam membicarakan hak-hak keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kami ulangi iaitu:- HANYA DALAM MEMBICARAKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN MELAYU(BUMIPUTERA) sahaja yang kami tolak! Kenapa kami tolak? Kerana terdapat beberapa tuntutan suqiu yang JELAS bercanggah dengan prinsip-prinsip perlembagaan.
Kami memahami bahawa sebahagian besar daripada tuntutan-tuntutan Su Qiu tidak kena mengena langsung dengan kedudukan Bumiputera atau sistem kuota Bumiputera. Tumpuan memorandum Su Qiu yang diumumkan sebelum pilihanraya umum 1999 adalah tentang keadilan sosial, pembahagian kekayaan negara, pembenterasan rasuah, sistem kehakiman yang bebas, media yang tidak dikawal oleh Eksekutif, dan pilihanraya yang adil, antara perkara-perkara yang lain.
Itulah sebabnya, keempat-empat parti gabungan Barisan Alternatif dalam kenyataan rasminya bertarikh 19 Oktober 1999 menerima sebahagian besar daripada tuntutan Su Qiu. Tetapi, pada masa yang sama, BA dengan jelas dan jitu, menolak tuntutan-tuntutan Su Qiu yang bertentangan dengan asas-asas Perlembagaan Malaysia. Antaranya, BA menolak tuntutan Su Qiu tentang pemansuhan perbezaan Bumiputera bukan-Bumiputera dan sistem kuota etnik.
Lalu kami ULANGI SEKALI LAGI bahawa kami menolak tuntutan suqiu dalam membicarakan hak-hak keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Baca kembali petikan kenyataan kami di bawah:
Kami, pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi dengan ini sebulat suara MENOLAK TUNTUTAN/RAYUAN SUQIU dalam membicarakan hak-hak keistimewaan Melayu dalam resolusi/rayuan yang mereka kemukakan. Suqiu gagal melihat/menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dalam mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kegagalan mereka ini menjadi asas penolakan kami.
Dan mari kita baca dan renung-renungkan pula kenyataan beberapa pemimpin yang JELAS SELARI dengan kenyataan kami.
Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim - "Saya berharap pimpinan-pimpinan dalam Barisan Alternatif terus konsisten dengan pendirian bersama yang dibuat menjelang pilihanraya umum 1999 yang lalu iaitu untuk berpegang teguh kepada prinsip-prinsip perlembagaan..."
Dari Kak Wan - "Kami tetap mempertahankan semangat perlembagaan mengenai isu bahasa dan hak keistimewaan Bumiputera."
Malah kenyataan dari media rakyat firaun 2020 yang telah membuang links kami dari laman mereka turut selari yakni tidak akan melanggar Perlembagaan Negara. Baca dan teliti kenyataan mereka di bawah ini:
"pengelola laman web MAHAFIRAUN 2020, menyeru semua penyokong Reformasi agar bertenang berikutan tindakan beberapa laman web mendesak Suqiu agar menarik kembali sesetengah tuntutan mereka yang dibuat menjelang pilihanraya umum1999.
Kami berpegang teguh kepada manifesto Barisan Alternatif yang mendukung prinsip musyawarah dalam membuat sebarang keputusan mengenai dasar Barisan Alternatif mahupun dasar negara. Kami berpendapat bahawa Suqiu, atau mana-mana pertubuhan, berhak menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka tanpa sebarang tekanan mahupun paksaan oleh mana-mana pihak. Mereka bebas untuk bersuara, asalkan tidak melanggar Perlembagaan Negara."
Justeru kami menuntut jawapan dari aktivis reformasi yang mengistiharkan bahawa kenyataan kami TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI. Kami rakamkan kembali kenyataan mereka di bawah ini:
"Kenyataan aktivis reformasi - Kami juga mengistiharkan bahawa kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh beberapa laman web yang mendakwa diri mereka sebagai pro-reformasi yang mengatakan bahawa "Suqiu harus ditolak dan menarik balik tuntutan yang melibatkan hak Bumiputera (Melayu)" adalah TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI."
KENYATAAN KHAS
| LAMAN REFORMASI
| PEMANTAU
| KOMENTAR
| JIWA MERDEKA |
| GERAKAN REFORMASI RAKYAT
| REFORM-BLACK14
| MAHAKEJAM
| ANTI-ZALIM |
Kami, pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi dengan ini sebulat suara MENOLAK TUNTUTAN/RAYUAN SUQIU dalam membicarakan hak-hak keistimewaan Melayu dalam resolusi/rayuan yang mereka kemukakan. Suqiu gagal melihat/menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dalam mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kegagalan mereka ini menjadi asas penolakan kami.
Sungguh pun banyak pihak telah melabelkan rayuan/tuntutan ini sebagai satu sandiwara pemerintahan kerajaan BN tetapi kami pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi percaya biar apa pun sebabnya :-
Seandainya mereka memainkan sandiwara BN atau memang membuat rayuan/tuntutan tanpa campur tangan kerajaan BN, SUQIU HARUS DI TOLAK DAN SEHARUSNYA MENARIK BALIK TUNTUTAN YANG MELIBATKAN HAK BUMIPUTERA (MELAYU).
Pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi tidak melihat isu ini dari sudut politik kepartian (non-partisan), tetapi melihat isu ini sebagai satu isu Melayu yang kolektif demi menghormati hak kaum Melayu.
Pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi yang di senaraikan di atas menolak rayuan/tuntuan Suqiu dan sekaligus mendesak agar rayuan/tuntutan ini ditarik balik demi perpaduan kaum di negara ini.
Dimaklumkan,
PENGURUS-PENGURUS LAMAN PRO-REFORMASI
|